Bagi meneruskan tradisi sejak mula festival ini diadakan bermula pada 1 Julai 2005 yang lalu, Festival Muzik Kuala Lumpur yang masuk tahun keenam (6) penganjurannya pada 2011 ini merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh JKKN dan sebagaimana lazimnya menjadi antara sorotan utama bagi pembuka tirai Festival Kuala Lumpur 2011. Semenjak penganjurannya pada tahun 2005, Festival Muzik Kuala Lumpur telah berjaya menarik hampir 24, 592 orang pengunjung dan peminat seni muzik tanahair dan khususnya peminat dari negara jiran berdekatan.
Download the Festival Booklet: KL Festival Booklet WEB
Buy Ticket